Sunday 12 October 2014

cAtaTaN OraNG deMaM...


aduhhh.... tiba-tiba rasa tak sihat pula.....sakit kerongkong yang melarat ke hidung berair kemudian badan panas tak panas. Aku disahkan  Demam Selesema. (huhu) 

First day (khamis) kurang sihat aku bekerja 10 jam. tak boleh nak elak kerana begitulah jadual tugasku  untuk hari itu. aku bertahan dengan mengingatkan diriku berulang-ulang kali.... SAKIT INI kerana CINTA_NYA.

Nabi s.a.w. memberi peringatan kepada orang yang sedang demam agar mengambil pelajaran dari sakit yang dialaminya. Orang yang demam akan merasakan panas seluruh tubuhnya sehingga dengan demam tadi manusia ingat bahawa kelak akan ada yang lebih panas yang melebihi panas yang di rasakan pada waktu demamnya. Ia memberi peringatan kepada manusia agar selalu ingat kepada Allah s.w.t.

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. 
(HR. Muslim no. 2575).

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. 
(HR. Bukhari no. 5641).




HARI KE-2 kurang sihat...... hari jumaat. aku bercuti kerana bertukar cuti dengan rakan sekerja. Dia ada hal pada hari sabtu. bagai kebetulan dan tahu-tahu saja yang aku memang memerlukan CUTI  pada hari itu. Kebetulan..... sepupuku, suaminya dan 2 orang anak saudaraku  dari Perlis datang bertandang,.. mak  yang juga tak sihat pula tiba-tiba menyuruh aku menjemput saudara-mara di kulim  datang ke rumah untuk 'family gathering' sempena menyambut kedatangan sepupuku (AKMAL) & isterinya (UMI) pengantin lama yang baru dapat terbang ke semenanjung berjumpa saudara-mara sebelah suaminya....

-berbahagia dunia akhirat ya- ^_^


nanti kamik pergi KK pulak ya... (haha..)


Alhamdulillah,... kenduri kecil terkejut tergempar ini berlangsung dengan JAYA nya. 

Seorang ibu itu memang seperti yang aku selalu katakan,... mereka ada SUPER POWER. sakit pun masih boleh menyediakan makanan. aku membantu yang terdaya (tak rehat, ok...) walaupun kepala  ini kadang-kadang ting...tong... tak leh fikir dan tak boleh nak cari barang (sorry)

 namun, kejayaan ini juga adalah kerana seseorang ini.... kakak sepupu ku yang tersayang....MUAH...MUAH...




THANKS KAKAK (HASLINDA HARUN) ^_^ terima kasih kakak untuk makanan utama juga hidangan pencuci mulutnya... MAKARONI BAKORRRR... sedap sangat....

kita tak pun sangat apa yang kita masak kerana suka melihat orang lain menjamu selera. kita juga tertidur keletihan tanpa mengemas  (hehe... esok je)

HARI KE-3, aku masih kurang sihat. bangun pagi dengan kepala yang berat namun, terkenang tanggungjawabku kepada pekerjaanku. Terpaksalah kugagahi diri... hari ini aku perlu bekerja 12 jam (9 pg-9mlm) 

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL



DIA hadiahka aku dengan kemanisan bagi meringankan sedikit rasa sakit 



pagi-pagi kami bersarapan nasi goreng bersama. Duduk sebelah menyebelah sambil ditemani latar bunyi air sungai dan burung hutan yang lahir dari bingkai gambar pemandangan sungai. 

pergi kerja ku dihantar anak-anak saudaraku IMAN DAN IZZATI juga kakak sepupu , mak dan adik kerana mereka mahu terus ke pasar.

tengahari tenyata lebih indah apabila anak saudaraku berusia 4 tahun ini datang menghantarkan makanan tenghari buatku. ketika IMAN mahu pergi, dia menyuruh aku membuka pintu kereta... IMAN pandang aku dengan wajah matangnya dan prihatin lalu berkata,....

"Mak Long, mai aa...jom  balik"


hahaha ^_^ seperti ayat kebanyakan namun, sangat menyentuh ke hati dan melekat di ingatanku. Terima kasih IMAN. Mak Long sudah ditambah tenaga kini. 

aku kembali menyambung kerja dengan semangat baru.... 

Hari sabtu,... hari cuti sekolah juga pekerja jadi, tidaklah sibuk sangat aku di kedai. Lalu bagi mengisi masa senggang, aku membaca buku ini. Buku yang aku pilih di rak pagi tadi untuk aku beratkan beg galasku. sudah berbulan aku memilikinya cuma masih tidak punya kesempatan untuk menjamah isinya...




aku beli buku ini di Konvensyen Penulis tanpa aku tahu apa isi kandungannya. seperti benar apa yang ungkapkan di dalam sebuah kisah di dalamnya,

bukan kita yang memilih buku, tetapi buku yg memilih kita


aku beli kerana tertarik kepada mesin 'typewritter' nya yang mengingatkan aku kepada mesin yang sama pernah aku beli kerana aku mahu jadi PENULIS. 

'seperti saya menaip tulisan ini. saya harap ia satu kebaikan. bagaimana kebaikan itu membantu saya semula? saya tak tahu. itu rahsia Tuhan.'




'bagaimana aku menulis buku kanak2? untuk memudahkan aku

memahami cara2 menulis & melukis buku bergambar kanak2,

aku baca buku bergambar kanak2. aku jadikan buku2 tersebut

sebagai panduan. mana yang mampu aku beli, aku beli. mana

yang tidak, aku baca sahaja di perpustakaan'



oh,... menangis aku membaca buku ini. Bukan novel pun yang mungkin punya cerita yang menyayat hati, buku ini hanya sebuah buku INSPIRASI  daripada 50 orang penulis. ada yang bercerita titik tolaknya menjadi seorang penulis, perjalanannya mengarang, dan ada juga yang berkongsi cerpen  mereka. Cerpen yang bukan cerpen kosong yang tidak punya inti dan isi. Ianya juga cerita2 yang memberikan INSPIRASI. 

membaca buku ini dari prakatanya, beberapa kali membuatkan aku mahu berputus asa menjadi seorang penulis. Bukannya menjadi penulis itu tidak bagus sebaliknya, penulis-penulis yang sedia ada di sini... sudah sangat BAGUS. bahasa yang mereka tulis, indah dan tersusun cantik. aku membandingkan dirku dan mereka. oh... aku masih punya banyak kelemahan. 


'saya akan terus menulis dan menulis'

kata (Amer Hamzah L.Kadir) penulis buku komsas Kembara Amirah.


YUP!....aku akan terus MENULIS. juga 

MEMBACA.



SEPERTI BIASA,.... aku tak akan menyerah kalah. Aku akan berusaha lagi. Terus 

menulis dan meluangkan masa untuk  membaca. 

ALhamdulillah,... ketika membacanya juga aku siap melakar kasar sebuah jalan cerita yang 

diberi tugasannya oleh guru besarku, Bonda Nor. 




aku tengah mencari cerita yang ada kena mengena dengan TEKSI. puas sudah aku berfikir, 

aku tak suka kalau aku perlu mengarang sebuah cerita  menggunakan khayalan dan rekaan 

semata. jadi, ada lah terfikir untuk mendengar cerita sendiri daripada pemandu2 teksi ini. 

 macam mana ya?


HARI KE -4  kesihatanku tidak nampak kurangnya. tekak makin sakit sehingga susah untuk

 bersuara dan makan.

aku perlu bekerja 12 jam lagi hari ini. 

terima kasih buat rakan sekerjaku yang memahami keadaan diriku kerana 

kerjaku sedikit ringan. ^_^









terima kasih buat 

adikku tersayang 


kerana menjaga, menjadi doktor , & mengemas rumah








Insya_Allah, kesihatanku akan berkurang. tidak esok, mungkin lusa.

aku cuba untuk tidak merungut kerana sebolehnya sperti di dalam 

doaku.... YA ALLAH, KAU gugurkan lah dosa-dosaku dan KAU 

berikanlah aku kekuatan menghadapi rasa sakit_Mu ini. Amin...





TERIMA KASIH semua...

Terima kasih Tuhan... alhamdulillah.



*doakan kesihatan ku ya... hanya demam selesema namun, rasa mahu dimanja sangat berkobar2. kawan2 dan family lah yang menjadi mangsa. sorry. ^_^ love u








Friday 28 February 2014

KASIH ALLAH

Assalamualaikum, ^_^


Ini kisah semalam (28/02/2014), Kak Lia diajak rakan ke ceramah agama daripada seorang ustaz yang Mia kagumi. Katanya, Ustaz ni selalu keluar dalam rancangan tv ‘Tanyalah Ustaz’ di TV9.

Kak Lia tanya, “siapa?”
Kata Mia, “Ustaz Hanafiah”

Kak Lia tercengang lalu berfikir. Ustaz Hanafiah? Yang mana satu ya? Ada banyak kot Ustaz di rancangan Tanyalah Ustaz  itu dan ada beberapa orang Kak Lia sendiri suka (hehe)  Fikir punya fikir akhirnya, Kak Lia tanya saja kepada Pak Cik Google.


“Oh,…. Ustaz ni ka yang bernama Ustaz Hanafiah” kata Kak Lia setelah melihat image nya. Kak Lia pun sebenarnya suka juga kat Ustaz ni…

“Mana Mia tau tentang Ustaz ni nak buat ceramah di Masjid Abu Bakar Taman Kenari?” soalku.

Jawab Mia melalui sms “adik Kak Lia lah yang post di Facebook dia” opppss… adik Kak Lia rupanya.(hehe… nampak benar kakak adik saya tu tak peka)


Usai solat maghrib, Kak Lia dan adik Kak Lia (Aira) pun bersiap-siap mahu ke Taman Kenari. Jarak dari Taman Kak Lia ke Taman Kenari kalau naik kereta dalam 20 atau 30  minit lebih kuranglah. Sampai di perkarangan masjid yang tersegam indah itu,  kedengaran tuan imam sedang menceritakan sesuatu dengan para makmum solat maghrib. Kak Lia dan adik pun meletakkan kereta di tempatnya lalu masuk ke dalam masjid. Kami mengambil wuduk dan bersedia untuk solat Isya’.



Aku dan adik bertemu mak su dan sepupu (Baiti) jadi kami solat hanya sebelah menyebelah. Sebaik salam dan bacaan doa, terus kami saling salam, berpelukan dan berlaga pipi. Bibir masing-masing mengukir senyuman. Bahagia.

Alhamdulillah, indah sekali perasaannya bersolat jemaah ini. Indahnya Islam apabila setiap perbuatan soalat itu dilakukan sama dan serentak. Rapat dalam safnya  dan saling salam menyalam sesudah solat bagai satu magnet yang mengeratkan hubungan sesame manusia  biarpun saling tidak mengenali.

Kedatangan Ustaz Hanafiah disambut oleh jemaah lelaki. Kata-kata aluan diberikan oleh si pengerusi majlis. Sempat juga dia bergurau dengan Ustaz  bertanya khabar dalam loghrat  utara. Terkeliru seketika ustaz Hanafiah. (^_^)

Ceramah dimulakan dengan tajuk “Kasih Allah”.


Soalan ustaz yang pertama, “Apa bukti utama Allah kasihkan kita?”

Semua jemaah diam, hanya mahu mendengar. Mungkin juga ada yang menjawab di dalam hati.

“Nikmat hidup” jawab Ustaz, lantang.

Kasihnya Allah kepada kita adalah dengan memberi kita HIDUP.
Hidup untuk membanyakkan amal.
Hidup untuk merasa nikmatnya.
Syukurlah, Allah tidak matikan kita sekarang kerana sudah bersediakah kita kalau  kita mati sekarang? Cukupkah amal kita untuk memilih mana-mana saja pintu syurga?

Lalu, apakah kita selaku hamba_Nya harus lakukan?

“satu lagi Kasih Allah berikan kepada kita adalah dengan turunnya Surah Al-Fatihah. Surah yang diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja”

Al-Fatihah itu sendiri punya khasiat dan pahala yang banyak.
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Tengok,… O_O

Kasihnya Allah kepada kita adalah menunjukkan caranya untuk kita menjadi
 ORANG MUKMIN.
Bagaimana? Melalui Surah Al-Fatihah itu sendiri…..

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4
Yang menguasai di Hari Pembalasan
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


“Kenapa Surah Al-Fatihah dimulai dengan bacaan Alhamdulillah?”

“Allah nak kita jadi orang yang BERSYUKUR.”

“Allah sayangkan hamba_Nya yang sentiasa bersyukur.”

Tiba-tiba Ustaz Hanafiah menyoal lantang,

“Berapa ramaikah antara kita yang buat SUJUD SYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai orang Islam?”   


Pernahkah kita buat?
Paling kurang, pernahkah kita mengucap ALHAMDULILLAH kerana kita dapat solat tadi, masih bernafas, dapat makan, sihat dan macam-macam lagi nikmat yang diberi_Nya?

Ketika Allah menguji kita dengan musibah dan ujian, apakah kata-kata yang lahir daripada bicara kita? Sesungguhnya ketika kita ditimpa musibah, Allah juga turunkan malaikat ke sisi kita untuk mendengar setiap kata-kata kita biarpun Allah itu sendiri Maha Mendengar.


Allah suka hamba_Nya yang BERSYUKUR.
 Jadilah orang yang BERSYUKUR selalu walaupun berhadapan dengan musibah
Amalkan zikir ALHAMDULILLAH
*selalu BERSYUKUR, Allah akan bantu dan kasihkan kita

Ustaz Hanafiah menyuruh semuanya memejam mata dan mengikut  apa yang dikatakannya…
(semua pejam mata)

(Sebut kuat-kuat….)
“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Rahman… Alhamdulillah Ya Rahim….”

(Baca dalam hati pula..)
“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Rahman… Alhamdulillah Ya Rahim….”

(Baca dalam hati sekali lagi dengan membayang dan menyebut perkara2 yang diberi kepada kita sepanjang hidup)
“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Rahman… Alhamdulillah Ya Rahim….”

“Lihat ayat Al-Fatihah yang seterusnya…. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah ajar kita agar menjadi seorang Pemurah dan Penyayang.
Biarpun kita miskin di dunia tetapi kita pemurah, menderma… apa yang mampu dan ada

“antara kaya di dunia dan di akhirat, yang mana satu kamu pilih?”

Penyayang… Allah sayang kepada hamba_Nya yang saling sayang menyayang.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Apabila sudah sayang… pasti saja kita kena banyakkkk BERSABAR.

Allah kasih kepada hamba_Nya yang PENYABAR.

*SENTIASA BERSYUKUR, SABAR , PENYAYANG & PEMURAH*

Itulah kuncinya… Kasih Allah kepada kita.  

Ustaz Hanafiah menamatkan majlis dengan bacaan DOA yang panjang. Juga, Ustaz Hanafiah meminta semua jemaah mendoakannya kerana  sakitnya(operation di kaki- tak ingat sakit apa/ kurang jelas) Ustaz sedih (sehingga menangis) dia sudah 3 bulan tidak dapat sujud kerana terpaksa solat dalam keadaan duduk.

Pernahkah kita menangis kerana tidak boleh sujud?

Alhamdulillah, kerana Kasih-Nya Dia bawa Kak Lia dan adik ke rumah Allah dan mendengar ceramah yang cukup menyentuh hati dan menjentik fikiran.
Fikir…fikir… fikir…dan tanya pada diri…

SUDAHKAH KITA BERSYUKUR, SABAR, SAYANG MENYAYANGI & MENJADI SEORANG YANG PEMURAH?

 Di antara fadilat membaca Al-Fatihah ialah:
·         Boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain penyakit jika diamalkan bacaannya sebanyak 41 kali.
·         Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki  akhlaknya, mudahkan urusannya, terlindung daripada segala kesulitan dan sebagainya.
·         Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh sehingga 40 hari, dan pohonlah kepada Allah SWT. InsyaAllah dipenuhi hajat itu. 
·         Jika amalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selepas selesai solat subuh, akan ditemui apa yang dicari-carinya. Seeloknya disertakan dengan doa yang bermaksud:

“ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dipermudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akhirat, supaya dimakbulkan permohonan dan ditunaikan hajatku….”