Friday 28 February 2014

KASIH ALLAH

Assalamualaikum, ^_^


Ini kisah semalam (28/02/2014), Kak Lia diajak rakan ke ceramah agama daripada seorang ustaz yang Mia kagumi. Katanya, Ustaz ni selalu keluar dalam rancangan tv ‘Tanyalah Ustaz’ di TV9.

Kak Lia tanya, “siapa?”
Kata Mia, “Ustaz Hanafiah”

Kak Lia tercengang lalu berfikir. Ustaz Hanafiah? Yang mana satu ya? Ada banyak kot Ustaz di rancangan Tanyalah Ustaz  itu dan ada beberapa orang Kak Lia sendiri suka (hehe)  Fikir punya fikir akhirnya, Kak Lia tanya saja kepada Pak Cik Google.


“Oh,…. Ustaz ni ka yang bernama Ustaz Hanafiah” kata Kak Lia setelah melihat image nya. Kak Lia pun sebenarnya suka juga kat Ustaz ni…

“Mana Mia tau tentang Ustaz ni nak buat ceramah di Masjid Abu Bakar Taman Kenari?” soalku.

Jawab Mia melalui sms “adik Kak Lia lah yang post di Facebook dia” opppss… adik Kak Lia rupanya.(hehe… nampak benar kakak adik saya tu tak peka)


Usai solat maghrib, Kak Lia dan adik Kak Lia (Aira) pun bersiap-siap mahu ke Taman Kenari. Jarak dari Taman Kak Lia ke Taman Kenari kalau naik kereta dalam 20 atau 30  minit lebih kuranglah. Sampai di perkarangan masjid yang tersegam indah itu,  kedengaran tuan imam sedang menceritakan sesuatu dengan para makmum solat maghrib. Kak Lia dan adik pun meletakkan kereta di tempatnya lalu masuk ke dalam masjid. Kami mengambil wuduk dan bersedia untuk solat Isya’.



Aku dan adik bertemu mak su dan sepupu (Baiti) jadi kami solat hanya sebelah menyebelah. Sebaik salam dan bacaan doa, terus kami saling salam, berpelukan dan berlaga pipi. Bibir masing-masing mengukir senyuman. Bahagia.

Alhamdulillah, indah sekali perasaannya bersolat jemaah ini. Indahnya Islam apabila setiap perbuatan soalat itu dilakukan sama dan serentak. Rapat dalam safnya  dan saling salam menyalam sesudah solat bagai satu magnet yang mengeratkan hubungan sesame manusia  biarpun saling tidak mengenali.

Kedatangan Ustaz Hanafiah disambut oleh jemaah lelaki. Kata-kata aluan diberikan oleh si pengerusi majlis. Sempat juga dia bergurau dengan Ustaz  bertanya khabar dalam loghrat  utara. Terkeliru seketika ustaz Hanafiah. (^_^)

Ceramah dimulakan dengan tajuk “Kasih Allah”.


Soalan ustaz yang pertama, “Apa bukti utama Allah kasihkan kita?”

Semua jemaah diam, hanya mahu mendengar. Mungkin juga ada yang menjawab di dalam hati.

“Nikmat hidup” jawab Ustaz, lantang.

Kasihnya Allah kepada kita adalah dengan memberi kita HIDUP.
Hidup untuk membanyakkan amal.
Hidup untuk merasa nikmatnya.
Syukurlah, Allah tidak matikan kita sekarang kerana sudah bersediakah kita kalau  kita mati sekarang? Cukupkah amal kita untuk memilih mana-mana saja pintu syurga?

Lalu, apakah kita selaku hamba_Nya harus lakukan?

“satu lagi Kasih Allah berikan kepada kita adalah dengan turunnya Surah Al-Fatihah. Surah yang diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja”

Al-Fatihah itu sendiri punya khasiat dan pahala yang banyak.
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Tengok,… O_O

Kasihnya Allah kepada kita adalah menunjukkan caranya untuk kita menjadi
 ORANG MUKMIN.
Bagaimana? Melalui Surah Al-Fatihah itu sendiri…..

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4
Yang menguasai di Hari Pembalasan
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


“Kenapa Surah Al-Fatihah dimulai dengan bacaan Alhamdulillah?”

“Allah nak kita jadi orang yang BERSYUKUR.”

“Allah sayangkan hamba_Nya yang sentiasa bersyukur.”

Tiba-tiba Ustaz Hanafiah menyoal lantang,

“Berapa ramaikah antara kita yang buat SUJUD SYUKUR kerana kita dilahirkan sebagai orang Islam?”   


Pernahkah kita buat?
Paling kurang, pernahkah kita mengucap ALHAMDULILLAH kerana kita dapat solat tadi, masih bernafas, dapat makan, sihat dan macam-macam lagi nikmat yang diberi_Nya?

Ketika Allah menguji kita dengan musibah dan ujian, apakah kata-kata yang lahir daripada bicara kita? Sesungguhnya ketika kita ditimpa musibah, Allah juga turunkan malaikat ke sisi kita untuk mendengar setiap kata-kata kita biarpun Allah itu sendiri Maha Mendengar.


Allah suka hamba_Nya yang BERSYUKUR.
 Jadilah orang yang BERSYUKUR selalu walaupun berhadapan dengan musibah
Amalkan zikir ALHAMDULILLAH
*selalu BERSYUKUR, Allah akan bantu dan kasihkan kita

Ustaz Hanafiah menyuruh semuanya memejam mata dan mengikut  apa yang dikatakannya…
(semua pejam mata)

(Sebut kuat-kuat….)
“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Rahman… Alhamdulillah Ya Rahim….”

(Baca dalam hati pula..)
“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Rahman… Alhamdulillah Ya Rahim….”

(Baca dalam hati sekali lagi dengan membayang dan menyebut perkara2 yang diberi kepada kita sepanjang hidup)
“Alhamdulillah Ya Allah… Alhamdulillah Ya Rahman… Alhamdulillah Ya Rahim….”

“Lihat ayat Al-Fatihah yang seterusnya…. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah ajar kita agar menjadi seorang Pemurah dan Penyayang.
Biarpun kita miskin di dunia tetapi kita pemurah, menderma… apa yang mampu dan ada

“antara kaya di dunia dan di akhirat, yang mana satu kamu pilih?”

Penyayang… Allah sayang kepada hamba_Nya yang saling sayang menyayang.

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Apabila sudah sayang… pasti saja kita kena banyakkkk BERSABAR.

Allah kasih kepada hamba_Nya yang PENYABAR.

*SENTIASA BERSYUKUR, SABAR , PENYAYANG & PEMURAH*

Itulah kuncinya… Kasih Allah kepada kita.  

Ustaz Hanafiah menamatkan majlis dengan bacaan DOA yang panjang. Juga, Ustaz Hanafiah meminta semua jemaah mendoakannya kerana  sakitnya(operation di kaki- tak ingat sakit apa/ kurang jelas) Ustaz sedih (sehingga menangis) dia sudah 3 bulan tidak dapat sujud kerana terpaksa solat dalam keadaan duduk.

Pernahkah kita menangis kerana tidak boleh sujud?

Alhamdulillah, kerana Kasih-Nya Dia bawa Kak Lia dan adik ke rumah Allah dan mendengar ceramah yang cukup menyentuh hati dan menjentik fikiran.
Fikir…fikir… fikir…dan tanya pada diri…

SUDAHKAH KITA BERSYUKUR, SABAR, SAYANG MENYAYANGI & MENJADI SEORANG YANG PEMURAH?

 Di antara fadilat membaca Al-Fatihah ialah:
·         Boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain penyakit jika diamalkan bacaannya sebanyak 41 kali.
·         Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki  akhlaknya, mudahkan urusannya, terlindung daripada segala kesulitan dan sebagainya.
·         Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh sehingga 40 hari, dan pohonlah kepada Allah SWT. InsyaAllah dipenuhi hajat itu. 
·         Jika amalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selepas selesai solat subuh, akan ditemui apa yang dicari-carinya. Seeloknya disertakan dengan doa yang bermaksud:

“ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dipermudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akhirat, supaya dimakbulkan permohonan dan ditunaikan hajatku….”


  








1 comment: