Wednesday 26 February 2014

MAKNA SEBUAH PERJALANAN

MAKNA SEBUAH PERJALANAN




Alkisah tersebut lah kisah, aku dan bas tamanku memang tak berjodoh. Dua kali sebelum ini aku menunggu bas untuk ke tempat kerja, bas tidak kunjung tiba. Hari ini  bukanlah salah bas tetapi aku yang terlewat (entah ada ke tidak basnya kalau aku menunggu awal?) bersangka baik sajalah bahawa bas datang dan aku terlewat. Bas tiada lalu aku menunggu teksi. (kot-kot) Kebarangkalian 40% teksi lalu di tamanku dan aku boleh menahan dan memintanya membawa aku ke tempat kerjaku.

Menunggu sekitar 5 hingga 10 minit, bayang teksi juga tidak kelihatan. Beberapa kali aku berbisik di dalam hati… BERSANGKA BAIK TERHADAP TUHAN. Dia pasti akan menolongku.



Pukul 9 pagi sepatutnya ABC Book Mart memulakan perniagaan namun, bagaimanakah ia akan berlaku jika aku masih di perhentian bas? Lalu aku bertanya kepada_NYA. Apa yang harus aku lakukan? Menunggu teksi? Atau menunggu bas yang ungkin akan datang dalam 45 minit lagi? Kali ini aku serahkan keputusannya kepada DIA.



Akhirnya, aku memilih untuk berjalan kaki sahaja ke tempat kerjaku. Itu sahaja jalan yang ada dan mampu aku lakukan. Meminta tolong jiran tertangga? Oh, seganlah aku apalagi jika ditawarkan pertolongan dengan membawa aku menaiki motor. Biarpun mereka berstatus “pak cik “ tetapi tetap saja bukan muhrimku dan aku juga akan menyesal / rasa tidak selesa nanti.

Berbaju jubah seluar dan mengalas beg sekolah yang terisi lap top (yang berat) aku memulakan langkah. Ya, berjalan kaki sahaja lah. Bagaimanapun, aku kebosanan dan rasa tidak enak berjalan sendiri begitu sahaja lalu bagi menenangkan diri, aku berjalan sambil berselawat ke atas Nabi.  Setiap derap langkah kaki kecilku ini,terisi dengan selawat. Bukankah Nabi sendiri berpesan bahawa baginda akan memberi syafaatnya jika kita kerap berselawat ke atasnya. Jadi, aku cuba ambil peluang itu.

Perjalanan yang sunyi (aku cuba berjalan tanpa sebarang bunyi gerak kaki juga), aku bertemu dengan persimpangan hutan lalang yang perlu juga aku lalui. Dari kejauhan  aku dapat melihat dengan jelas sekawan kera sedang menghayati suasana pagi (mungkin). Mereka berada di kiri kanan jalan juga di atas pokok. Terdetik rasa risau di hati. Teringat juga kepada kisah jiranku yang pernah dikejar kera.

Oh, apa yang harus aku lakukan?  Dalam senyap aku berdoa kepada Tuhan, “Ya Allah, lindungilah aku”. Aku tetap maju ke hadapan. Nekad untuk meredah juga hutan kecil itu. (itu satu-satunya jalan pendek untuk keluar dari tamanku ke taman di sebelah) Jika kera kejar juga, hanya satu yang akan aku lakukan. Lariiiiiiiii……

Alhamdulillah, selamat. Sekawan kera itu langsung tidak menghiraukan aku. Aku selamat sampai ke taman sebelah. Dua buah taman lagi perlu aku redah sebelum berjumpa dengan jalan besar,  Sekolah SMKK, Petronas,  rumah kedai yang menempatkan bangunan Imegresen, Bank Rakyat, dan Pos laju , 3 buah kedai makan, dan rumah kedai di hadapan sekolah Badlishah (di situ lah  tempat kerjaku)

Melalui taman perumahan, aku terpaksa pula berhadapan dengan seekor anjing. Hanya 50 meter di hadapan. AKu sudah berkira untuk menyeberangi longkang, mengunakan jalan di hadapan kawasan taman itu bagi mengelak bertembung anjing. Dalam aku masih teragak-agak, anjing (besar) yang mulanya seakan berjalan menghadapanku dengan tidak semena-mena membelok dan masuk ke kawasan hutan di belakang.



Syukur, Alhamdulillah. Aku melangkah senang. Akhirnya aku sampai di hadapan kedai ABC Book Mart. Rakan sekerja ku sudah menunggu. Begitu juga dua orang pelanggan. Maaf, aku terlambat. Setengah jam perjalananku entah berapa kilometer jaraknya. Tiga atau empat kilometer ya? Atau, lebih?

Masuk kerja, rutin harian pastilah mengemas kedai dan sebagainya terlebih dahulu. Rakan sekerjaku melayan pelanggan di ruangan fotostat, aku membuka semua pintu (mengangkatnya/ menolaknya ke atas-berat n sedikit ketat)

Leka seketika kemudiannya baru aku terfikir. Tak dahaga? Kaki tidak merasa sakit?  Aku hanya berpeluh, itu sahaja. Jauh kot aku berjalan tadi. Oh ya,… perjalanan aku tadi juga tidak terasa panas. Seakan selesa sahaja.

Emm,… adakah ini berkat “BERSANGKA BAIK KEPADA_NYA” , SELAWAT NABI dan istilah REDHA yang  aku cuba fahami melalui kisah Allahyarhamah SITI Hajar?
Semuanya kerana_NYa.Kadang kala apa yang kita pinta itu tidak dijawab dengan  apa yang diminta sebaliknya dengan yang lebih baik.  AKu mahukan sebuah teksi untuk memudah dan mencepatkan aku ke tempat kerja namun Allah menyuruh aku berjalan kaki untuk memperlihatkan aku akan kejadian demi kejadian.  Mendekatkan aku kepada_NYA dan membuatkan aku memahami sesuatu….

SENTIASALAH BERSANGKA BAIK TERHADAP_NYA. Dikala tiada sesiapa yang datang menghulurkan bantuan tetapi DIA tetap ada. MENJAGA dan MELINDUNGI kita. Tidak perlu Superhero untuk muncul melakukan semua itu.







1 comment:

  1. Alhamdulilah sampai juga tmpt kerja..pengajaran yang baik..SENTIASALAH BERSANGKA BAIK TERHADAP_NYA

    ReplyDelete