Monday 1 July 2013

Salam Perkenalan ^_^

Assalammualaikum,... Salam sejahtera.... 

apa yang harus aku katakan ya? Tiba-tiba kosong pula kepala ni. Padahal ada macam-macam benda yang ingin aku kongsikan.

apa kata aku mulakan dengan sesuatu yang sedang aku usahakan sekarang ini? (minta izin pula. ada yang mahu membangkang? kemudianlah ya...)



Ya!  I want to be a writer. Aku mahu jadi seorang penulis.

mengapa PENULIS?

aku :  pasai apa kami nak jadi penulis? emmm,...
          (fikir lama mencari ayat terbaik  mengambarkan perasaanku) 
          BM selalu ok , kot.
          (hahaha.. aku ada ingatan yang lemah kerana 'sesuatu' jadi , aku tak ingat sejak bila
           aku minat menulis) 
          rasanya mungkin  kami suka baca buku kot dulu. kami pernah berangan nak cerita kat
          depan budak- budak sambil buat gaya yang boleh buat mereka suka. pernahlah 
          aplikasikannya dengan anak-anak saudara. rasanya macam mereka suka. 
          (oh, kenapa aku tak ingat sebab nya ya? aku ingin sangat tahu...)
         emmm, rasanya ada satu sebab ketara yang kami tau kenapa kami nak jadi penulis?
         Sebenarnya bermula dari satu kelemahan  kami. Kami tak reti berkata-kata melalui 
         lisan. Kerap kali ia akan terzahirkan lain daripada hati kami nak sampaikan. Tetapi , 
         ia menjadi mudah dan lebih baik bila kami tulis apa yang kami nak cakapkan. Hati akan
         rasa "sesuatu" bila aku berjaya tuliskan apa yang ingin aku katakan. LEGA.


         mahu TULIS APA?

aku : kami tak pandai buat puisi... sajak , pantun lagi lah . cerpen? macam suka! pernah 
          cuba tulis cerpen tapi susah sebenarnya mahu menulis cerpen. ceritanya  mesti 
          padat , tidak lewah dan menarik. lalu , kami putuskan menjadi penulis novel ja lah. 
          panjang sikit.  (hehe..)
          nak tulis cerita tentang apa? ha,...cerita cinta lah kot (laju saja aku jawab) tapi , bila
          kami cuba menulis cerita cinta , semuanya separuh jalan. tak reti kot nak buat cerita 
          cinta. geli dan malu lah. 
         (itu perasaanku. macam rekaan yang banyak dan aku tak  rekaan semata) 
           
* lalu suatu hari pada tanggal (02/02/2013) aku menyertai bengkel penulisan. untuk kali pertamanya aku akan belajar dan diajar cara sebetulnya untuk menjadi seorang penulis. aku sangat teruja dan gementar. Aku ada darah gemuruh sikit. Hari itu , aku telan 2 biji active five. malah , malam sebelumnya aku siap sunat hajat lagi. doaku yang tak henti aku berdoa adalah moga Tuhan beri aku kuatan untuk engkat tangan , bangun dan bertanya soalan langsung kepada Hilal. Alhamdulillah , doaku makbul. asyik aku saja yang angkat tangan sehingga aku sendiri yang naik segan. 

BENGKEL PENULISN ISLAMI HILAL ASYRAF

Hilal : setiap orang adalah apa yang dia NIAT. hasil kita akan jadi seperti apa yang kita niat.
           apa yang kita tulis akan ditanya kelak oleh DIA. rasa-rasa apa jawapan anda?
           ( terasa sentap, malu dan mahu menangis bila ingat niat aku mahu jadi penulis 
            selama ni. lebih kepada rasa bangga dan mahu kongsi cerita sesuka hati saja.)
          Penulisan kita mestilah yang dapat membangkitkan jiwa.  Jadikan penulisan , saham 
           akhirat kita . 

* tamat bengkel hari itu , aku keluar sebagai orang baru. Yang sudah punya matlamat yang jelas kenapa aku mahu jadi seorang penulis. Alhamdulillah,... Allah lorongkan aku sehingga bawa aku bertemu Hilal. Mungkin ini hikmah nya aku tidak pergi mana-mana bengkel penulisan dulu. juga kenapa aku tidak dapat sambung belajar dalam bidang penulisan dulu. 

* ada cerita lanjutan daripada bengkel penulisan Hilal Asyraf. nanti saja aku ceritakan. 

-kata akhir aku petikan daripada buku di atas. daripada mentor penulisanku yang terbaru.

Ummu Hani : cita-cita menjadi penulis kedengarannya sederhana, tetapi ia satu pelaburan 
                         yang besar dan luas. Ia adalah saham yang mengalir ke alam kekal. Dari dunia
                         ke alam baqa terus ke akhirat.




DOA kan aku ya ,... moga aku dapat menjadi penulis yang terus menulis di atas jalan_Nya. Menulis  cerita yang dapat membantu orang dan membuatkan mereka kembali kepada_Nya. 

*KERANA _NYA*
           





2 comments:

  1. I'll pray for you.Dan sy rasa dibelakang awak akan ramai yg support awak.Teruskan dan doakan sy juga.Saya pun one of peserta bengkel.tp zon lain^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH ZINNIRAH. TERIMA KASIH ATAS DOANYA. SAMA-SAMA KITA BERUSAHA DAN BERJAYA YA.

      Delete